BMS

Booking Management System

Senarai Tempahan

 

BMS (Booking Management System) adalah Sistem Pengurusan Tempahan yang diberi secara percuma kepada anda, peniaga online. Sistem ini dibangunkan (buatan sendiri) hasil dari pengalaman kami menjalankan perniagaan online yang berkonsepkan urusniaga tempahan maka terciptalah BMS. Layari www.gelenggang.com untuk keterangan lanjut.

 

Kami dengan ini berbesar hati ingin menyumbang sistem ini secara percuma kepada anda tanpa apa-apa bayaran. Diharap dengan sumbangan kecil ini dapatlah sedikit sebanyak membantu pernigaan online anda.

 

BMS untuk Partime Homestay

Booking Management System (BMS) ini direka untuk mereka yang berniaga homestay secara part time. Kami amat memahami bila kita berniaga partime banyak masa dihabiskan untuk kerja lain dan kurang masa untuk ditumpukan kepada homestay. Berikut ada lah permasalah berniaga homestay partime yang kami lalui dahulu dan dapat diselesaikan dengan BMS

 

1. Masalah memerika tarikh Booking dan hari kekosongan
Sering menerima pangilan dari customer untuk buat booking untuk esok, minggu depan , bulan depan dan tahun depan. Waktu kerja amat sukar utk check kekosongan apatah lagi sedang sibuk buat keje. Susah nak layan customer.

Penyelesaian :
BMS diletakkan di website anda dimana customer boleh check sendiri kekosongan pada tarikh tersebut dan harga yang ditawarkan. Jika ada kekosongan dan setuju dengan harga , mereka boleh menempah secara online dan tempahan mereka akan dihantar ke pemilik homestay untuk tujuan pengesahan.

Pemilik homestay boleh memeriksa tempahan customer ini diluar waktu keje ataupun dirumah. Mereka boleh reject atau menerima tempahan ini.

 

2 Cuti tahun, cuti Raya, hal2 emergency termasuk cuti nak bawa anak2 berjalan. Mana mungkin dapat pergi bercuti jika tarikh yang di tetapkan selalu clashed dengan tempahan homestay. Anak2 asyik merungut mana janji nak bawa pi jalan2..kalau berjalan pun kepala tak tenang sebab asyik pikir ada tak tempahan yang telah dibuat

Penyelesaian:
Mungkin anda yang buat partime juga menghadapi masalah ini. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini, Kami wujudkan satu function yang di panggil Room Control.

Room Control berfungsi untuk meblock rumah dari di tempah bagi tarikh yang anda tetapkan.Hari wajib tutup Homestay seperti Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Hari bawa anak jalan2 dan hari2 yang anda rasa nak berehat. Dah nama partime, jangan abiskan masa anda berniaga saja tetapi balance kan masa bekerja, beriadah dan partime mengikut kesesuaian anda.

Dengan adanya BMS, masalah nak bercuti tiada lagi. Kepala jadi tenang. Yang bestnye, customer boleh check sendiri dan BMS akan pastikan tarikh yang diblok tidak akan dapat ditempah. Selamat mencuba.

 

Berikut adalah jenis perniaagan yang sesuai untuk sistem ini.

- Perniagaan Homestay

- Perniagaan Parking secara booking

- Perniagaan Kereta Sewa

- Perniagaan Tempahan Tudung atau Baju Online

- Perniagaan Tempahan Makanan, Minuman , kek dan seumpamanya.

- Perniagaan Tempahan Persedian Perkahwinan dan Pengantin.

- Dan segala jenis perniaagaan Online yang berkonsepkan Tempahan

 

   
Contoh Penggunaa Sistem Booking Ini

Kategori Homestay

 

 

Ini adalah contoh bagaimana pelanggan boleh membuat tempahan homestay kepada anda secara online tanpa perlu menelefon anda.

 

Jenis Homestay

   

 

1. Homestay A

 

Normal Stay - 22 hours

( Family House 2 rooms )

- Check in : 2pm

- Checkout : 12pm

 

*Extra bed - RM40.00

 

Untuk melihat admin konsole bagi tempahan diatas sila Klik sini Admin (Userid : test@gelenggang.com dan Password : test123)

 

 

 

 

 

 

Text Box: Hubungi kami jika anda perlukan bantuan 
tentang Sistem ini
 
+6012 303 6203
( Whats Apps )
admin@gelenggang.com
 
percuma sahaja